Carian

Sabtu, Februari 12, 2011

♀ Wedding Theme 2011

Orang sekarang kalau nak kahwin kena ikut warna tema. Tak ikut warna tema, tak meriah lah kan. Walaupun ramai jer orang yang kahwin lari dari tema sebab kekangan vendor yang hanya mampu berjanji, namun apabila mengaplikasinya bagai melepas batuk di tangga uhuk uhuk. Apapun, jangan lah kerana mahu mengejar tema sampai mendesak vendor bertubi-tubi sehingga akhirnya yang merana kita kerana vendor seakan kurang ke-excited-tan untuk menghasilkan perkahwinan idaman kita. Pemilihan tema biarlah agak realistik. Bukan semua negeri memiliki vendor yang hebat-hebat seperti di Lembah Klang, jadi kenalah terima seadanya. Nak import dari luar negeri, sudah tentu belanja pengangkutan kita yang tanggung. Sudah membazir di situ, sedangkan dengan lebihan ke arah itu kita dapat salurkan ke arah yang lebih memerlukan seperti buah tangan tetamu atau selainnya.

Bagi saya, warna tema idaman adalah tentunya warna kuning dan putih. Dari kecil lagi minat gilak kaler kuning ni. Sampai tamat tingkatan 5 still lagi  minat warna kuning hingga hampir semua baju raya masa kecil dulu warna kuning. Mak pun sudah pening sebab anaknya ni minat sangat warna diraja tu. Bila dah besar ni yang teringin mencuba pelbagai jenis warna. Dan untuk perkahwinan idaman, saya rasa sudah jatuh cinta dengan tema Moroccan. Tambah lagi tengok pelamin dari Ari Wedding Couture dan juga Arma Couture yang sungguh menawan hati saya. Dan untuk tema Moroccan ini, bukan semua jenis warna sesuai untuk tema ini. Antara warna tema Moroccan adalah seperti gambar di bawah ni.



Warna kegemaran saya memang sedia ada di situ, KUNING DIRAJA! Tapi, untuk tema kahwin saya tak akan sesekali pilih warna itu. Kenapa? Sebab saya mahu mencabar diri sendiri untuk memilih warna tema yang jarang saya pakai iaitu BIRU. Menggunakan hanya satu warna akan nampak majlis kahwin nanti sangat DULL atau erti kata lain sangat KOSONG! Jadi, saya pilih dua warna ini  untuk gabungkan menjadi tema kahwin saya nanti seperti gambar di bawah ini.


Buat masa ni semuanya adalah angan angan semata-mata. Belum berdiskusi secara berjam-jam dengan teman lelaki lagi, juga dengan keluarga. Kadang-kadang, apa yang kita impikan bukan semua dapat menerimanya. Dengan campur tangan ibu bapa dan juga adik beradik, terpaksalah kita menelan segala kepahitan kebarangkalian idea kita itu akan ditolak mentah-mentah.

xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers