Carian

Sabtu, Februari 12, 2011

♀ No Strings Attached



oh saya suka komedi romantik! sangat-sangat suke dan kalau boleh saya pun mahu percintaan saya juga komedi romantik. ok, sila berhenti bermimpi ya, perempuan manis!

Sebenarnya saya tak pernah suka Natalie Portman, even saya sudah muat turun filemnya yang bertajuk {Black Swan} juga, sampai sekarang saya masih belum ada hati menontonnya. Tapi, filem terbaru beliau bertajuk NO STRING ATTACHED buat saya teruja. Mungkin kerana ada Ashton Kutcher? OH NO, saya pun bukan peminat beliau! Tapi oleh kerana saya belum pernah menonton lakonan Natalie Portman ber-genre komedi romantik, jadi keterujaan itu sangat tinggi! Saya juga suka dengan rupa Ashton Kutcher yang agak naif itu dan dia sangat tinggi! Hehehe. Saya terlalu kagum dengan kejadian makhluk tuhan saja, tak lebih dari itu ye.


Dalam filem komedi romantik ini, Emma {Natalie Portman} dan Adam {Ashton Kutcher} merupakan sahabat baik yang hampir memusnahkan segalanya hanya kerana melakukan hubungan seksual pada satu pagi. Demi untuk melindungi persahabatan tersebut, mereka telah membuat perjanjian untuk menjaga hubungan mereka tanpa melibatkan perhubungan fizikal. {No String} bermakna antara mereka tiada rasa cemburu, tidak boleh mengharap, tiada pergaduhan, tiada bunga, dan pastinya tiada suara bayi. Mereka boleh melakukan apa saja mereka inginkan, dan berapa lama mereka mahukannya, di mana-mana tempat selagi mereka tidak jatuh cinta. Persoalannya sekarang - siapa yang akan jatuh cinta dulu? Dan bolehkan persahabatan mereka bertahan? Jom kita layan trailer filem {No String Attached}.



Filem ni dah pun ditayangkan di US bulan lepas, tapi di Malaysia tayangan pertamanya adalah dalam 16 Februari 2011 kalau tak silap. Tapi, saya harap-harap sudah keluar filem yang boleh di muat turun sebab saya tak akan tengok filem ini di pawagam bersama teman lelaki kerana malu dengan aksi yang mungkin tak disangka-sangka akan menyebabkan muka saya separa merah jambu! T_T Saya dah pernah rasainya masa menonton filem {Vampire Suck} , dimana pelbagai aksi melebihi 18 tahun terbentang di depan mata saya dan teman lelaki. Oh, malu! Sekurangnya bila menonton sorang ni, saya boleh skip je part tak elok tu. Hehe.

 xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers