Carian

Khamis, Januari 13, 2011

♀ Tutorial Blog : Bagaimana menukar font pada tajuk side bars




Mempunyai belog yang menarik sememangnya satu perkara yang semua bloggers mahu. Namun, untuk menghasilkan layout yang menarik dan mesra pengguna bukanlah semudah yang disangka.

Ketika saya mengenal dunia belog, hampir semua jenis layout sudah saya cuba dan mungkin kerana rasa diri tu dah pandai sangat kan, saya jarang membaca belog-belog sahabat yang lebih arif tentangnya. ok, maaf saya memang annoyed dengan belog yang terlalu banyak dengan animasi grafik dan playlist lagu yang kadang-kadang menyebabkan saya hampir-hampir sakit jantung kerana lagunya yang tetiba menyenakkan hati ini. Namun saya faham mungkin blogger tu mahu kan lagu kegemarannya berkumandang di belog apabila dia sendiri melawatnya, seperti bloggers ini juga | maaf kalau lagu saya mengganggu anda | tapi, saya berikan anda pilihan samada mahu mendengarnya atau tidak dan meletakkan widget tersebut di atas sekali supaya mudah anda mencari di mana datangnya suara sumbang tersebut. Its up to you.

Walaupun sebenarnya tak pernah ada sesiapa request, saya buat juga entri ini mana tau ada yang nak tahu sebenarnya tapi ala ala malu malu kucing, maka sesat lah kucing tu ya. Tapi jangan risau, dok diam diam kat belog perempuan manis ni dijamin tidak akan tersesat. Selagi anda mahu tahu, dok lah berapa lama pun kat sini, cheq tak kisah no. Start dah kluaq loghat dia hahaha.

Sebenarnya saya pun seperti anda juga sebab bukannya arif sangat tentang blog editing ni, tapi oleh kerana keinginan yang tinggi mahu tahu bagaimana belog omputeh boleh buat secantik ini, saya pun googled lah tutorial nya. Untuk yang rasa macam susah nak ikut step yang Kevin and Amanda ni buat, saya alih.bahasa kan langkahnya kepada bahasa ibunda kita. Mudah untuk semua mengikutinya.

I know its little bit difficult for those yang tak pernah ada hati mahu menggodek coding html anda di ruangan rekabentuk belog - Layout Design. Bagi yang dah biasa tu, lagi mudah untuk anda mengikuti langkah demi langkah tutorial yang sebenarnya mudah, tapi macam saya memang susah lah nak ingat balik langkah tersebut kalau tak dipraktikkan. Jadi disamping untuk tutorial buat anda, saya juga membuatnya untuk diri sendiri. 2 in 1 , sangat bagus tak? Praktikal!

Membebel tak sudah-sudah cik pm ni. ok la kita mulakan dengan memperkenalkan bahan-bahannya lebih dulu. Chop chop! Ini entri masakan kah? Kata nak buat tutorial tapi ni macam dah nak memasak je. Whoohohoholick relax ya. Habis, nak tukar font kenalah ada font yang diminati terlebih dulu kan? Itu lah bahannya ya. Tak susah nak cari bahan dia sebab boleh dapat free kat mana-mana laman web. Kena ada kerajinan mahu mencarinya saja seperti saya. Sebenarnya saya tak ada pun latarbelakang grafik bagai ini, tapi sebab minat dan teramat suka untuk tahu macam mana buat itu, buat ini . Jadi saya lebih senang mencari dan menyelongkar sendiri macam DIY. Bukan benda ni datang depan mata saja ya! Ingat tu adik-adik.

Mana nak cari font yang best? Okay, pegi Cute Font dulu . Oh, lupa nak bagitau. Ini tutorial untuk perempuan perempuan cute  yang mahukan kekiutan yang maksimum untuk belog mereka. Bagi jejaka, sila pergi ke belog abang Ben Ashaari. Ceh, tak adil betul kan? Hahaha. Yang jejaka, anda tak perlu tutorial ini sebab tak best la belog jejaka ada font yang cute miut ni. OKAY, jangan keluar tajuk lama-lama sangat Cik PM!



IKUT LANGKAH DEMI LANGKAH

1. Muat turun font yang anda gemari dan jangan lupa buka zipnya  unzipped terlebih dahulu.

2. Setelah muat turun font, masuk ke halaman ini SIFR GENERATOR.
  ♀ Sila ikut arahan yang dipaparkan untuk memuat naik font anda. Bila dah siap, jangan sesekali
      tukar pilihan,ikut saja yang mereka berikan.
  ♀ Bila masuk ke langkah ke 2, tandakan sIFR 3 r436.


  ♀ Download dan simpan font anda ( fail akan bertukar menjadi namafontanda.swf).

3. Untuk lebih mudah anda mendapatkan fail yang telah di muat turun, make a new folder and rename it as FONT TITLE or any kind of name that you can remember. Sila simpankan fail di bawah ini atau pergi terus ke laman sesawang ini kerana beliau yang telah memuat naikkan fail tersebut.

    ♀ sifr.css
    ♀ sifr.js
    ♀ blogger-sifr.js
    ♀ index.htm

4. Kemudian, sila daftarkan diri anda ke http://members.webs.com

5. Seperti gambar di bawah, sila create new site bagi membolehkan anda mendapat font yang diingini untuk belogsepot anda. Ikut langkah yang diminta dan wallah! Anda dah hampir ke saatnya.


6. Lepas anda berjaya CREAT A WEBSITE, sila gerakkan kursor anda ke arah MANAGE PAGES dan anda akan mendapat page seperti di bawah. Kemudian anda diminta untuk memuat naik (upload) empat fail yang telah anda download sebelumnya. (sifr.js, sifr.css, blogger-sifr dan index.html) . Font yang telah bertukar menjadi fail.swf itu pun anda perlu upload sekali dalam file manager ini. Itu yang penting!


7. Kelik pada fail  blogger-sifr.js untuk edit fail berkenaan. Anda perlu customize fail ini untuk belog anda.

 Dan bila esok anda buka, anda akan nampak coding seperti ini :-

Sila kelik pikces ini untuk paparan yang lebih jelas


OK, ini adalah langkah paling akhir dan anda tak perlu lagi memikirkan pasal font lagi!


1. Tiba masanya untuk anda implement semula kod tadi ke dalam belogsepot anda. Sila gerakkan kursor anda ke arah DASHBOARD dan kelik Layout kemudiannya Edit HTML.

2. Lihat pada code and fine the line that says </head> | Sila pastikan betul betul, bukannya <head> | Untuk lebih mudah anda mencarinya, tekan CTRL + F untuk mencari </head>.

3. Di atas </head> , salin dan cetak | copy and paste | coding berikut : -

<link href='http://namabeloganda.webs.com/sifr.css' media='all' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script src='http://namabeloganda.webs.com/sifr.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://namabeloganda.webs.com/blogger-sifr.js' type='text/javascript'/>
4. Anda perlu tukarkan coding yang tertulis namabeloganda pada setiap tiga baris coding tersebut kepada username Hostwebs.com anda.

5. Simpan perubahan tersebut dan sekarang sila pergi ke belog anda untuk melihat belog anda yang cute itu!

HAVE FUN!

Terima Kasih cik PM.
Ye, sama-sama anda semua ! ^___^

xoxo,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers