Carian

Khamis, Februari 10, 2011

♀iPad , ok, saya memang ketinggalan jauh ke belakang!


Inilah kata orang dulu-dulu , Digital Dummies! Hanya setelah menonton drama Korea MY PRINCESS lakonan jejaka smart {tak boleh puji lebih-lebih, nanti teman lelaki merajuk} Song Seung Heon dan aktres comel Kim Tae Hee, barulah saya tahu kewujudan benda alah bernama iPad ini. Rupanya kat Malaysia pun dah lama dilancarkan tahun lepas. Kalau bab gadjet, saya bukan orangnya. Dulu ya, zaman sekolah dulu dapat pitih pitipiti-ann, saya tak pernah berbelah bagi mahu tukar jenis telefon bimbit itu ini. Tapi, manusia boleh berubah kan? Keutamaan saya sekarang mencari pitih pitih pitih untuk membayar hutang belajar dulu{saya tak mahu diisytiharkan bankrupt di usia muda} dan paling penting nak KAHWIN!!!! ^.^ Yeahh!

sumber : pak gugel
Menurut WIKIPEDIA, iPad adalah sejenis komputer tablet yang dipasarkan oleh jenama Apple terutama sebagai platform untuk media audio-visual termasuk buku, majalah, filem, muzik, permainan, dan kandungan web. Apple telah memasarkan iPad pada bulan April 2010 dan telah dijual sebanyak 3 juta unit dalam masa 80 hari.

Tentu semua nak tahu berapa harga iPad ni di Malaysia kan? Menurut EdwardKhoo , iPad beserta dengan 3G harganya antara RM 1714 hingga RM2400 dan iPad beserta dengan 3G adalah berharga antara RM 2160 hingga RM2848{pada ketika artikel nya ditulis} . Wow! Bersamaan juga harga laptop kan iPad ni. Untuk golongan pertengahan seperti saya, hanya mampu berkata ' iPad, awak memang menawan hati tapi saya tak mampu memiliki awak sebab budget barang hantaran saya pun bersamaan dengan harga awak yang sebijik itu' T_T huuh!


xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers