Carian

Sabtu, Disember 11, 2010

♀ Royal Icing

Menurut Joy of Baking, Royal Icing adalah icing putih yang mengering, halus teksturnya dan matte. Selain daripada bentuk yang menarik, warnanya yang cantik membuatkan royal icing menjadi pilihan pembuat kek profesional yang bukan hanya membuatnya untuk frosting kek dan cookies, namun ia juga untuk dekorasi (bunga, sempadan dan huruf) . Royal icing adalah campuran serbuk (icing atau confectioner) gula, jus lemon dan telur putih mentah.

Itulah serba sedikit intro saya hari ni. Sejak akhir-akhir ni saya begitu gemar meminta bantuan pak gugel untuk mencari serba sedikit info berkenaan kek, muffin, fondant, royal icing, fancy cookies dan banyak lagi lah. Kadang-kadang dalam mencari sesuatu tu, terjumpa pula lain yang lebih menarik hati. Terus terlupa tentang apa sebenarnya yang diinginkan. Sebab tu lah saya gemar meletakkan sesuatu yang baru untuk saya rujuk kemudiannya. Walaupun saya agak tak ada sesiapa pun yang mengunjungi belog perempuan manis yang sebenarnya tak manis pun, saya tetap mahu menulis demi rujukan saya sendiri. Please dont bother to read this blog if you find this blog so bored ok? Eceh, I trying to sepik omputeh plak. Ok, sambung balik.

Keinginan hati sebenarnya mahu belajar banyak perkara berkaitan kemahiran. Saya memang lemah dalam bab bab seni yang memerlukan penggunaan tangan dan kekreativitian. Namun kalau bab gambar, something beautiful dan juga sweet cepat pula saya kuasainya. Mungkin itu kelebihan yang Allah S.W.T berikan kepada saya yang kerdil ini. Keluarga saya sebenarnya terdiri daripada insan-insan yang terer dalam bab memasak, menjahit dan mengubah. Namun, entah dimana silapnya saya tak mampu menguasai satu pun daripada kemahiran yang saya tuliskan tadi. Mungkin terlalu lama berada di asrama, membuatkan saya rasa tak perlu untuk mempelajari semuanya. Iyalah, balik rumah sekali sekala dan kalau belajar pun tak dipraktikkan memang tak ada gunanya. Jadi itulah alasan saya bila bonda mencadangkan agar saya belajar memasak, menjahit dan mengubah. Bila dah jadi anak gadis sunti, menyesal tak sudah sebab tak cuba dapatkan ilmu daripada bonda dan nenda. Namun, masih belum terlewat lagi untuk saya belajar itu semua. Umur masih muda, sementelah tenaga pun masih kuat jadi saya bersemangat untuk mempelajarinya. Doakan saya tidak hanya berangan-angan ya.

Sekarang saya mahu tempekkan resepi royal icing yang saya olahkan mengikut versi yang boleh saya faham. Everything credits to Joy of Baking dan juga Translate Pak Gugel.

    Royal Icing dengan Telur Putih :-
  • 2 biji telur putih yang besar
  • 2 sudu teh jus lemon segar
  • 3 gelas (330 g) confectioners ( powder atau icing) gula, diayak.
    CARA MEMBUAT :
  1. Pukul telur putih dengan jus lemon hingga sebati.
  2. Tambahkan gula yang diayak dan pukul pada kelajuan rendah sehingga sebati dan halus.
  3. Icing perlu segera digunakan atau dipindahkan ke bekas kedap udara supaya royal icing mengeras bila terkena udara.
  4. Tutup dengan bungkus plastik bila tidak digunakan.
      Royal icing dengan Meringue Powder :-
  • 4 cawan (440 g) confectioners (serbuk atau icing) gula
  • 3 sudu makan (30 g) serbuk meringue
  • ½ sudu teh ekstrak (vanilla, lemon, almond)
  • ½ - ¾ cawan (120 – 180 ml) air suam
     CARA MEMBUAT :
  1. Pukul gula confectioners/gula icing dan meringue powder hingga sebati.
  2. Tambah air dan pukul pada kelajuan sederhana kepada kelajuan tinggi sehingga ianya nampak glossy dan stiff peaks form (dari 5 hingga 7 minit).
  3. Jika perlu, untuk mendapatkan konsistensi yang tepat, tambah gula atau air.
  4. Untuk menutup atau limpahan permukaan cookies dengan icing, konsistensi yang paling tepat adalah apabila anda mengangkat pemukul, the ribbon of icing yang jatuh semula pada mangkuk akan terus kekal di atas permukaan untuk beberapa saat sebelum hilang.
  5. Icing perlu segera digunakan atau dipindahkan ke bekas kedap udara kerana royal icing akan mengeras apabila terkena udara. Tutp dengan bekas plastik apabila tidak digunakan.
Saya hanya menempekkannya saja. Buatnya belum lagi tau. Sape-sape yang dah cuba tu, try lah ceritakan ya. Till then, have a nice day uols!

xoxo,



1 ulasan:

Pautan Member Bloggers