Carian

Jumaat, Disember 10, 2010

♀ I love tart


Sekarang saya sedang memikirkan bisnes yang boleh mendatangkan untung dan boleh dipromosikan di laman web. Disebabkan bukan mudah untuk mendapatkan kerja tetap a.k.a kerajaan ;) saya rasa perlu untuk mendapatkan duit poket lebih. So, saya sedang memikirkan  untuk mencuba dulu bisnes cupcake , kek lapis dan juga pelbagai jenis tart.

Antara nya mungkin cheese tart, tart telur, fruit tart dan juga burbery cheese tart. Untuk kek lapis pula, saya rasa mahu mencuba packing yang agak sederhana dan mampu dibeli oleh semua orang. Mudahan apa yang dirancangkan dapat saya capai sebab saya rasa saya ni agak 'hang hang tah ay'. Heheh. Faham sajalah apa maksudnya ya.

Saya tempekkan resepi daripada Fiza Nordin untuk rujukan saya.

Bahan-bahan untuk Pastry Crust
100g unsalted butter (aku guna marjerin je...)
40g icing sugar (aku pakai guna kastor...)
sedikit garam (aku tak letak pun...)
1 bj telur
20g susu tepung
220g tepung gandum
1/2 s/k esen vanila

Bahan-bahan untuk Egg Custard
2 bj telur
45g gula kastor
sedikit garam
1 s/k lemon juice (aku gantikan dengan cuka)
80ml susu segar
40ml air
1/2 s/b esen vanilla

Cara-cara untuk membuat Pastri Crust
Campurkan semua bahan kecuali telur. Sebatikan hingga menjadi 'crump'. Masukkan telur dan adunkan sehingga menjadi doh. Biarkan selama 20 minit. Acukan ke dalam acuan tart.

Cara-cara untuk membuat Egg Custard
Campurkan semua bahan dan sebatikan. Tuang dalam tart.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers