Carian

Selasa, Disember 21, 2010

♀ Kagum dengan Khairul Fahmi Che Mat

Kata perempuan manis. Tapi kenapa ada nama jejaka handsome di sini? Oopss! ^_^ Ini adalah kali pertama perempuan manis rasa sangat minat dengan bola sepak sejak Piala Dunia 2002 dimana perempuan manis tersangatlah fanatik dengan dunia bola sepak luar negara hingga meminggirkan bola sepak tempatan. Maaf ya pemain pemain semua. Saya ni memang begini. Pasang surut saja minatnya. Kejap kejap minat bola jaring, lepas tu minat boling pula dan kemudiannya terminat bola sepak. Tapi saya rasa ini minat juga akan jadi seperti minat yang sebelum nya dimana saya akan berbicara tentangnya untuk beberapa ketika saja. Lepas tu akan beralih ke topik lain.

Enough membebel ya cik perempuan manis. Kenapa tajuk entrinya kagum dengan Khairul Fahmi Che Mat? ^_^ Iya semua. Saya memang kagum dengan ketangkasan dan juga kecekapan beliau. Tak sangka umurnya masih muda, namun serasa dia seakan pemain senior saja. O.M.G!

Di saat saya terjerit bagai perempuan manis yang histeria, tapi ala ala manis gitew. Sudahlah. Tak payah nak bermuka muka sini ya, cik manis. Ok saya akui akan jadi pelik sikit bila berdepan dengan situasi yang mendebarkan . Orang akan terkejut bila dengar saya boleh terjerit jerit histeria hanya disebabkan bola yang disepak pemain Vietnam hampir masuk ke gawang gol. Tapi, jeritan ' PADAN MUKA' ! akan terkeluar dari bibir munggil saya saat Mr Khairul Fahmi dapat mendakap erat bagai enggan dilepaskan bola itu dan menyelamatkan Malaysia daripada dimalukan. Sehebat manapun penyerang sesebuah pasukan, takkan lengkap kalau tidak mempunyai penjaga gol yang terbaik. Ini kerana , penjaga gol berperanan untuk menyelamatkan cubaan cubaan lawan dan membolehkan pemain lain memberikan tumpuan untuk menjaringkan gol. Alhamdulillah, Mr Khairul Fahmi berjaya mendapat gelaran PENJAGA GOL TERBAIK 2010 ; tapi itu adalah gelaran yang saya berikan sendiri. Saya yakin bloggers lain juga berfikiran seperti saya.

Oh, topik saya hari ni memang jauh beza dengan apa yang saya suka sebenarnya. Namun, saya rasa terpanggil juga untuk berbicara tentang budak lasak bernama Khairul Fahmi ni. Dia memang layak dipuji walaupun teman wanita comelnya seperti yang ditulis menggambarkan Khairul Fahmi sebagai seorang yang down to earth, merendah diri dengan kebolehan yang beliau ada. Semoga skill beliau akan menjadi lebih baik dari sekarang namun masih mengekalkan identiti jati diri sebagai anak Melayu.

Mahu menempek banyak gambar beliau. Harap jejari runcing tidak berkecil hati ya. Saya hanya minat dari jauh saja. ^_^




xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers