Alhamdulillah. Sebenarnya teringin sangat nak kongsi dengan anda anda anda semua itu pun kalau ada yang menjenguk blog ini. Tak mengapa. Mungkin akan ada dua tiga orang yang tiba tiba terkelik belog perempuan manis ini. Anda memang berada di landasan
Saya memang mengalami masalah yang teramat kronik dalam masalah keguguran rambut. Bagi saya masalah keguguran rambut ini tersangat serius sampaikan saya sendiri takut mahu menyikat rambut, sedang mahu mengusap pun saya rasa fobia. Ini kerana belum sikat dan usap pun, rambut dah terjurai-jurai keluar dan akhirnya gugur tanpa saya sedari. Tengok-tengok hah ni dia engko punya rambut yang gugur!
Saya mencuba pelbagai ubat untuk mengurangkan keguguran, di sambing menyalut rambut dengan minyak yang dikatakan superb untuk menebalkan dan melebatkan rambut. Namun semuanya sia-sia. Sehinggalah kebetulan saya masuk forum kesihatan berkaitan dengan masalah ini. Kebanyakkan ubat yang saya cuba hanyalah untuk kegunaan luaran, dan saya terlupa bahawa masalah ini mungkin berlaku kerana kekurangan vitamin di dalam badan. Dan saya tergolong di kalangan perempuan manis yang pernah melakukan program pengkurusan diri secara sendirian dan salah satu puncanya mungkin adalah kerana ini. Apabila melakukan diet yang tidak dikawal oleh pakar diet, maka saya telah mengurangkan pemakanan yang sepatutnya saya ambil untuk mengekalkan nutrisi dalam badan saya. Akhirnya kerana kekurangan nutrisi menyebabkan rambut saya kering, suram dan akhirnya putus keguguran kerana kecewa dengan pemilik badan yang tidak mengendahkan keperluan makanan mereka. Frust hingga tidak mahu lagi menumbuhkan akar rambut pun. Saya takut satu hari nanti saya akan menjadi botak, maka saya perlu berbuat sesuatu. Mencari penyelesaian.
Alhamdulillah, saya amat bersyukur dapat mengetahui mengenai kebaikan mengambil NUTRILITE Lecithin-E. Vitamin ini mempunyai rasa madu, carob dan maple walnut dimana kita boleh mengambilnya dengan mengunyah. Vitamin E adalah antioksida yang sangat penting dimana ia bebas combats radicals.
Untuk pengetahuan semua, NUTRILITE Lecithin - E ini adalah produk keluaran Amway. Tujuan entri ini dibuat bukan untuk mempromosikan produk keluaran AMWAY, tapi lebih kepada maklumat untuk para pembaca yang mengalami masalah keguguran rambut. Percayalah, saya pun tak sangka setelah mengunyah vitamin ini secara berterusan selama 3 minggu, ALHAMDULILLAH rambut saya kurang gugur. Walaupun saya tak pasti adakah ada rambut saya yang mula tumbuh, tapi saya sudah cukup bersyukur jika rambut tidak lagi gugur. Bila ketika membilas rambut pun, memang susah rambut akan melekat di tapak tangan. Apabila saya mengusap rambut, tiada lagi gumpalan rambut yang gugur di genggaman. Menyikat rambut sebagai satu kepuasan bagi saya kerana tiada lagi rambut gugur. Tipulah saya kata kalau tidak gugur langsung kerana akan ada rambut gugur untuk membolehkan rambut baru tumbuh. Namun bilangan helai rambut yang gugur tidak semeriah dulu. ALHAMDULILLAH. Saya boleh tersenyum manis kini.
Buat anda yang mengalami masalah, cubalah produk ini. Cari di kawasan anda agen AMWAY, tak pun boleh terus hubungi saya dengan meninggalkan pertanyaan anda di ruangan komen di bawah. Saya bersedia menjawabnya. Entri akan datang, saya akan ceritakan produk luaran untuk melebatkan rambut yang saya telah cuba. Sekian untuk entri yang sangat skema ini.
xoxo,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan