Carian

Isnin, Disember 27, 2010

♀ Malaysia VS Indonesia , 3-0 Suzuki Cup Final




Sekarang semua orang bercerita tentang bola. Saya juga tidak terkecuali sebab memang hantu bola. Walaupun baru berjinak dalam dunia bola tempatan, tapi saya rasa belum terlambat lagi. Dalam status facebook pun semua asyik bercerita tentang mahu menonton game final antara Malaysia vs Indonesia. Memang tensi kalau nengok game bola ni. Players tak over, tapi penonton yang over nak menyepak bagai. hahaha. Stop it, tak kelakar ok!

Alhamdulillah, di masa kedua Mohd Safee Sali telah berjaya meranapkan harapan seluruh rakyat Indonesia untuk mengekalkan momentum mereka dengan menyumbat gol pertama Malaysia pada minit ke 61' dan 7 minit kemudian, Mohd Ashaari berjaya menambah gol kedua Malaysia dimana Shahrul Idlan berjaya mencipta sepakan gol buat pemain berusia 25 tahun ini. Gol ketiga Malaysia pula dihasilkan oleh tandukan abang manis senyumannya, of coz lah abang di bawah ni Mohd Safee Sali!! Harapnya best player dapat dekat beliau dan best goal keeper dapat dekat Khairul Fahmi Che Mat! BEST GILER!!!

Safee, awak sangat hensem malam ni. lalala.

Norsharul Idlan Talaha yang berjaya menghasilkan ciptaan gol untuk Safee dan Ashaari.
SYABAS Pengantin Baru!

Ok, ini dah jadi belog pengulas sukan plak. Hahaha. Alhamdulillah, Malaysia berjaya menepis segala tohmahan daripada peminat Indonesia yang seringkali berbangga dengan kemenangan Indonesia ke atas Malaysia pada perlawanan pertama pertemuan antara kedua negara serumpun ini. Kini, kita boleh berbangga dengan keputusan yang telah dicapai ini. Semoga untuk penentuan akhir Final Cup AFF Suzuki ini akan memihak kepada Malaysia. Apapun, berada di negara Indonesia yang tentunya akan menambah tekanan kepada pemain Malaysia, namun saya harap mereka mengekalkan corak permainan yang bertenaga di sana pada Rabu hadapan. MALAYSIA BOLEH!!!


Saya cintakan MALAYSIA!
Malaysian Supporter, you are the BEST!

xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers