Carian

Khamis, Disember 09, 2010

♀ Kenapa saya suka shopping online?



Pantang saja ternampak something yang menarik hati , jemari ni akan terketar-ketar mengalihkan kursor ke arah laman sesawang CIMBCLICKS. Sangat pantas dan mudah! Itu lah sebabnya tajuk saya hari ni sedemikian rupa.

Zaman teknologi sekarang ni, menyebabkan semua orang jadi pungguk rindukan barang. Malas sangat nak bergerak ke sana sini mencari barang pujaan hati. Nah! Sekarang di dunia maya ni, semuanya mudah. Klik klik saje, tu yang terciptanya cimbclicks. Hanya kliks saja, dua tiga hari kemudian akan muncul lah parsel pujaan idaman kalbu hatiku. Meloncat-loncat bagai apa je. Maklumlah, dapat hadiah dari diri sendiri macam teramat sukanya. Padahal duit dah berhabis tanpa disedari. Kalau nak membeli di luar sana macam macam halangannya. Hendaknya kalau betul-betul urgent, malas nak mencari cari sana sini hingga membuang hampir separuh hari. Buang minyak lagi. Itu belum masuk membazir duit ke arah benda lain lagi. Sebelum nak membeli tu dah set in mind nak beli itu ini. Then bila dah sampai shopping complex, teridam benda lain pula. Lupakan barang yang dari awal lagi sudah dirancang mau membeli. Itu keburukan shopping manual. Eceh. Ada gak shopping manual eh? Iye lah. Duduk atas kerusi sambil hujung jari kelik kelik, dah terlaksana proses jual beli.

Well, keburukan membeli online pun banyak juga. Bukan semuanya elok bukan? Ada di sisi lain, membeli belah secara online ni membuatkan kita bagai gila membeli belah sebab tak nampak berapa banyak duit sudah berhabis. Sekurangnya kalau di luar, kita check balik dompet tinggal seringgit dua mungkin kita akan berfikir sejuta kali nak beli hatta sehelai baju dalam. Opps! Perkataan tak memberansangkan plak.

Apapun alasannya, saya memang jenis yang suka membeli belah secara online. Sangat fanatik dan boleh jadi tertagih-tagih sampai saya rasa saya dah bertukar menjadi shopaholic! Sedangkan di luar saya sangat cerewet dan kedekut macam hj bakhil. Sungguh!
xoxo,

3 ulasan:

  1. shopping la kat sini jugak!! anekastuff.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Hello sis!
    Kami yang jual online ni pun suka shopping online jugak..
    Visit us ya =)

    BalasPadam
  3. Beli online ni memang mudah, klik je.
    Tunggu barang sampai depan umah.
    Hihi... Samalah kita. :)

    BalasPadam

Pautan Member Bloggers