Carian

Khamis, Disember 15, 2016

#MyTravelokaEscapade: Discover Hong Kong 'lah' kalau menang contest Traveloka !

Kenapa Hong Kong ? Jawapannya sebelum demam KPop dan Jpop melanda , saya dari kecil lagi dah terbiasa menonton drama-drama daripada Hong Kong. Asal tengok jam pukul 6 petang saja, mesti saya dah siap-siap duduk depan tv. Zaman dulu mana ada internet nak tengok drama paling terkini, jadi kita diam-diam tengok tv sajalah Hahaha. Oleh kerana kerap tengok drama Hong Kong, semestinya antara destinasi yang saya teringin sangat nak pergi mestilah Hong Kong ^_^😃 !

Sebelum merancang perjalanan ke sesuatu destinasi, semestinya kita kena study dulu tentang destinasi yang kita nak pergi ni. Bukan main terjah saja. Jadi amat penting untuk kita penuhkan ilmu di dada. Betul tak ?

Peta Hong Kong
HONG KONG . Di bawah prinsip " Satu Negara, Dua Sistem", Hong Kong menjadi sebuah 'Special Administrative Region of the People's Republic of China' pada 1 Julai 1997.

Hong Kong terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Lantau Island, New Territoris, Hong Kong Island dan Kawloon. Dulu-dulu saya ingat kecil je Hong Kong ni, mesti tak ada yang menarik sangat untuk dilawati. Namun sangkaan saya salah bila selalu blogwalking teman yang pernah ke sana, rupanya banyak aktiviti yang boleh kita lakukan di sana.

Okay, bila kita dah tahu serba sedikit tentang destinasi yang nak pergi tu, semestinya perkara yang perlu kita pertimbangkan adalah merancang perjalanan agar tidak kelam kabut. Al-maklum lah kalau nak travel bersama anak-anak kecil yang sedang membesar memang banyak cabarannya. Sekiranya menang contest #MyTravelokaEscapade ni, saya berhasrat untuk travel bersama suami dan dua anak kecil saya. Jadi saya harus periksa dulu keadaan cuaca di Hong Kong sesuai tak untuk saya travel bersama anak-anak nanti, hotel yang ditempah perlu lah selesa dan paling penting sekali haruslah tiket penerbangan yang murah!

Untuk itu, semuanya mudah bila ada Traveloka. Semuanya lengkap dalam satu laman sesawang. Tak perlu kita buka banyak-banyak laman untuk cari tiket penerbangan dan hotel. Melalui tempahan di Traveloka, kita boleh tempah tiket penerbangan dan hotel murah dan pada masa yang sama dengan penjimatan hebat. Selain tu juga, melalui penempahan di Traveloka, tiada caj tersembunyi. Apa yang kita lihat, itu lah yang kita bayar. Best kan? Sekarang lagi mudah, kita boleh saja muat turun aplikasi Traveloka dengan percuma dan lagi banyak promosi yang ditawarkan jika kita menempah melalui aplikasi Traveloka.

Bila dah tempah tiket penerbangan dan hotel. haruslah kita merancang perjalanan ke sana kan ? Penerbangan ke Hong Kong nanti haruslah mendarat di Hong Kong International Airport yang terletak di Pulau Lantau. Saya merancang untuk menikmati percutian di Hong Kong selama 7 hari 6 malam. Hahaha lama betul lah kan. Haruslah lama sebab banyak tempat nak pergi ni. Dah alang-alang bercuti tu, biar semua tempat kita jelajah kan ? 😂 Okay jom kita tengok tempat yang boleh kita pergi sepanjang 7 hari 6 malam di Hong Kong nanti!

Hari Pertama - Day 1
  • Terdapat sebuah Masjid Kawloon di Nathan Road
  • Boleh dapatkan makanan halal di dalam Chungkin Mansion
  •  Ladies Market - Terletak di Mongkok
  •  Menonton Symphony of Lights pada jam 8 malam
  •  Jalan-jalan sekitar Tsim Tsa Tsui

MASJID KAWLOON

Untuk hari pertama apabila sampai mungkin masa tu dah dekat tengahari. Jadi tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan pada hari pertama, tapi jangan jadikan alasan untuk kita tak menjelajah kawasan persekitaran. Lepas check in hotel, apa kata kita jalan sikit cari masjid di area Nathan Road. Terdapat sebuah masjid yang dikenali Masjid Kawloon atau disebut juga sebagai Masjid dan Islamic Center Kawloon. Menurut info yang dikeluarkan oleh wikipedia setiap hari masjid ini mampu menampung seramai 3,500 orang jemaah umat Islam yang hendak melaksanakan solat. Dah sampai masjid di sini, boleh lah kita terus solat Zohor ataupun Asar.

CHUNGKIN MANSION

Chungkin Mansion

Lepas dah penat berjalan dan solat, haruslah kita mencari makanan halal ye dak? Okay menurut pembacaan di blogger yang pernah pergi ke Hong Kong, terdapat beberapa buah restoren halal di Chungkin Mansion. Dalam bangunan ni ada beberapa restoran halal di tingkat bawah dan satu. Mungkin saya dan keluarga boleh mencuba makan di sini nanti. Dengar kata ada juga dijual roti canai dan teh tarik. Gulpss! ^_^


AVENUE OF STARS

Orang kata kalau pergi Hong Kong jangan skip lawatan ke Avenue of Stars. Di situlah tempat penghormatan kepada nama-nama yang telah membantu Hong Kong untuk dijadikan sebagai "Hollywood Timur" dengan plak komemoratif, cetakan tangan selebriti, catatan peristiwa penting, tanda ingatan filem, patung saiz sebenar adiwira aksi kungfu Bruce Lee. Saya juga dibesarkan dengan banyak menonton filem-filem aksi dari Hong Kong jadi semestinya tempat ini wajib dimasukkan dalam check-in list ! Di Avenue of Star juga kita boleh melihat pemandangan bangunan-bangunan di Pulau Hong Kong dan pada jam 8 malam pula bermulanya pertunjukkan Symphony of Lights

Nota tambahan : Avenue of Stars di Tsim Sha Tsui ditutup bagi projek penaiktarafan, yang dijangkakan siap pada 2018. Walaubagaimanapun, kita masih boleh melawat Pameran Avenue of Stars yang akan dipamerkan di Garden of Stars dan Starry Gallery. Di Pameran ini terdapat skulpter pelakon terkenal seperti Bruce Lee, Anita Mui, McDull dan patung Anugerah Filem Hong Kong, 20 bintang plak bercetak tangan, pameran filem bertema dan lukisan mural yang menggambarkan filem klasik.


LADIES MARKET

Ladies Market
Dah namanya ' Ladies Market', haruslah barang yang dijual disini menawarkan pelbagai cenderahati, pakaian dan aksesori untuk wanita pelbagai peringkat usia. It's shopping time babeh! Oh rambang matalah saya kalau dapat pergi Ladies Market ni. Dengan lebih 100 buah gerai yang terdapat di sepanjang jalan ini memberikan satu kilometer peluang untuk saya mempraktikkan kemahiran tawar-menawar. Jadi, LADIES MARKET adalah tempat wajib saya pergi kalau dapat melancong ke Hong Kong!

SYMPHONY OF LIGHT

Symphony of Lights
Kalau dekat Korea ada Banpo Bridge Rainbow Fountain  , di Hong Kong pula ada Symphony of Lights iaitu pertunjukkan multimedia pada waktu malam yang melibatkan lebih 40 buah bangunan di kedua-dua belah pelabuhan. Dinamakan sebagai 'World's Largest Permanent Light and Sound Show' oleh Guinness World Records, lampu berwarna, sinar laser dan cahaya lampu dipersembahkan dalam bulatan cermin yang disegerakkan dengan lagu dan riwayat yang meraikan tenaga, semangat, dan kepelbagaian Hong Kong. 

Sudah penat seharian mengharungi perjalanan yang jauh, elok lah kiranya kita jamu mata dengan pemandangan indah Symphony of Lights ini. Lagi pula persembahan ini percuma untuk orang ramai dan tiada tiket diperlukan untuk acara ini. Best kan ? Saya kalau bab percuma ni memang nombor satu!
 
Nota Kaki : Persembahan ini mengambil masa selama 13 minit pada setiap hari jam 8 malam.

TSIM SHA TSUI PROMENADE
 
Tsim Sha Tsui Promenade

Selesai tengok pertunjukan Symphony of Light, elok lah kiranya kita merenggangkan kaki untuk berjalan di sekitar Tsim Sha Tsui Promenade. Boleh ambil angin sambil jalan-jalan dengan keluarga kecilku di sekitaran Tsim Sha Tsui Promenade permandangan selatan terhadap cermin topograpik dan seni bina yang dramatik, iaitu latar langit Hong Kong Island yang menjulang tinggi di atas air.

Hari Kedua - Day 2
  • Heritage 1881 berhampiran dengan Star Ferry Terminal
  • Menaiki Star Ferry untuk ke Pulau Hong Kong
  • Naik tram ke Masjid Ammar untuk dapatkan makanan halal dimsum dan solat
  • Menaiki tram untuk pergi ke " The Peak" untuk dapatkan pemandangan daripada atas untuk keseluruhan Hong Kong.
  • Melawat Madame Tussaud wax museum
HERITAGE 1881 

Heritage 1881

Untuk hari kedua ini, saya merancang untuk menaiki Star Ferry untuk ke Pulau Hong Kong. Saja ambil peluang guna feri , namun sebelum itu apa kata kita jalan-jalan di sekitar Heritage 1881 yang berhampiran dengan Star Ferry Terminal. Melawat 1881 Heritage akan membawa saya dan keluarga ke era Victoria di Hong Kong. Menurut sejarah dari tahun 1880an ke 1996 ini adalah ibu pejabat Hong Kong Marine Police. Beberapa bangunan dan artifak yang bersejarah telah dipulihara dan dibaikpulih dan tapak ini kini adalah pusat membeli-belah, sebuah hotel warisan dan dewan pameran.

Kalau bab sejarah ni saya memang suka sangat. Kita pergi ke sesuatu tempat biar tahu sejarah asal tempat tu. Seronok tau bila kita dapat kenal sejarah kawasan yang kita jelajah tu. Lagi pula ada pusat membeli belah, bwst jugak kalau sambil tu kita window shopping kan hehee .

STAR FERRY
 
Star Ferry
Alang-alang dah sampai sini kan, apa salahnya kita cuba naik feri untuk ke Pulau Hong Kong. Untuk ke Pulau Hong Kong kita boleh ambil perkhidmatan Star Ferries. Star Ferries telah berkhidmat dengan setia membawa penumpang berulang-alik dari Pulau Hong Kong ke Kowloon sejak 1888. Kedua-dua belah Victoria Harbour ini kini disambungkan oleh sistem jalan dan kereta api bertaraf dunia, tetapi jutaan orang masih menaiki kapal-kapal Star Ferry setiap tahun. Kebanyakkan  pelawat menaiki bot untuk melihat lebih dekat pelabuhan yang paling banyak difotografi, manakala penduduk tempatan menggunakannya kerana ia masih menjadi pengangkutan yang cekap dan berkesan. National Geographic menarafkan Star Ferry sebagai satu daripada 50 tempat yang kekal dalam hidup.

Nota Kaki : Tambang naik feri ke Pulau Hong Kong dalam sekitar bawah HKD 5 dan trip pun tak lama sangat. Okay lah kan dapat merasa naik feri dari Kawloon ke Pulau Hong Kong ^_^ 

MASJID AMMAR

Masjid Ammar
Masjid Ammar adalah masjid ketiga yang dibina di Hong Kong. Sebagai seorang Muslim, saya juga teringin untuk pergi ke masjid-masjid yang ada di luar negara. Lagipun memang nak cari tempat solat, terus sajalah pergi ke masjid ini. Selain boleh solat, di sini juga kebanyakkan blogger ramai yang mengatakan dim sum di Hong Kong sangat sedap dan kalau teringin nak merasa kenalah cuba di  Masjid Ammar kerana ia adalah halal. Selain dim sum,  makanan lain di kantin ini dijual dengan harga yag berpatutan. Kantin di tingkat 5, tempat berwuduk tingkat 1, tempat solat lelaki di tingkat 2 dan 3 untuk wanita.  Lepas dah makan, boleh lah terus solat jamak Zohor dan Asar.

THE PEAK

Pemandangan Hong Kong daripada The Peak

Jika hanya satu perkara yang  kita boleh lakukan di Hong Kong, wajib kita pergi  ke The Peak. Jika banyak yang boleh dilakukan, pergilah juga ke The Peak. The Peak atau nama sebenarnya, Victoria Peak, adalah sebuah gunung yang tertinggi di Hong Kong pada berdiri megah pada ketinggian 552 meter di atas paras laut. Sejarah awal tram di The Peak ini bermula pada tahun 1888. Ia merupakan sebuah funicular railway yang pertama di Asia. Tram di sini telah melalui beberapa evolusi semenjak zaman awal pembukaannya sehinggalah sekarang. Semua ini boleh dilihat di The Peak Tram Historical Gallery yang terdapat di sini.  Puncak tertinggi di Pulau Hong Kong ini adalah kawasan kejiranan paling eksklusif di Hong Kong sejak era kolonial, pada waktu udara sejuk menarik golongan kaya dan ternama; dan di waktu era selepas adanya alat pendingin hawa, pemandangan indah di sini menjadikan ia tempat tarikan ramai.

Selain itu, di sini juga terdapat The Peak Tower yang mempunyai Sky Terrace yang membolehkan kita melihat keseluruhan bandaraya Hong Kong secara 360 darjah. The Peak Tower ini juga telah mengalami 2 kali perubahan semenjak kali pertama ia dibina pada 1971. Di dalam bangunan ini menempatkan Madame Tussauds Museum, kedai-kedai menjual cenderahati, restoran dan pelbagai lagi.

MADAME TUSSAUDS HONG KONG

Madame Tussauds Hong Kong

Dengan lebih 100 patung lilin seperti manusia, Madame Tussauds Hong Kong membawakan keseronokan dan pengalaman interaktif dengan selebriti, di mana setiap orang boleh menjadi bintang, ataupun membandingkan diri mereka dengan orang sebenar. Selama ni tengok wajah selebriti di dalam televisyen, jadi kali ni apa salahnya dah datang Hong Kong, kita melawat Madame Tussauds pula. Lagi pun Madame Tussauds ni terletak di The Peak Tower, boleh lah masuk sekali dalam muzium ini. Dapat layan patung-patung lilin selebriti pun dah seronok. Sekurang-kurangnya bila orang bercerita ada juga lah pengalaman saya melawat Madame Tussauds ni. Boleh bergambar sekali dengan patung-patung selebriti ni kan. 
 Nota Kaki : Kalau rasa nak simpan kenangan ke sini, boleh lah singgah di kedai cendera hati yang menawarkan pelbagai cendera hati dan hadiah, daripada tangan lilin, kepada patung kecil menyerupai anda, kiub gelas 3D dan banyak lagi.

Hari Ketiga dan Keempat - Day 3 & 4 
 

Hong Kong Disneyland
  • Hong Kong Disneyland !
HONG KONG DISNEYLAND

Amboih sakan betul kan merancang ke Disneyland untuk 2 hari. Bila saya survey tips daripada blogger yang pernah ke Disneyland Hong Kong, kebanyakkan merungut kerana tak puas jelajah Disneyland Hong Kong dalam satu hari. Walaupun saya ni dah berstatus ibu, tetapi naluri kekanakkan itu masih ada dalam diri ini ^_^. Saya juga amat sukakan dunia fantasi, jadi memang tak akan melepaskan peluang pergi ke Disneyland Hong Kong.

Di dalam ni terdapat beberapa tema iaitu Main Street USA, Toy Story Land, Mystic Point, Grizzly Gulch, Adventureland, Fantasyland dan Tomorrowland. Memang luas,  jadi memang kena habiskan masa lama kat sini kalau kita nak lawat semua attractions yang ada. Antara ialah Jungle River Cruise di Adventureland, beberapa rides di Fantasyland, Mystic Manor Ride dan Mickey's Philharmagic. Tak lupa Space Mountain di Tomorrowland, boleh lah anak-anak merasa macam mana  menerokai angkasa lepas dengan menaiki high-speed roller coaster!
Nota Kaki : Dekat HK Disneyland ada satu Halal Food Outlet, Tahitian Terrace yang served Asian Foods. Tapi kena sedia duit banyak lah sebab orang kata harga makanan halal mahal di Hong Kong, lebih lagi lah kalau dekat dalam Disneyland ni.

Hari Kelima - Day 5

  • Ngong Ping 360 terletak di Lantau Island
  • Naik sampan di Aberdeen Floating Village
NGONG PING 360

Ngong Ping 360
Pada hari ketiga ini, saya merancang untuk naik kereta kabel untuk meneroka Pulau Lantau. Untuk itu Ngong Ping 360 adalah tempat yang sangat sesuai untuk meneroka Pulau Lantau.Anyway, perjalanan dengan cable car ni adalah sejauh 5.7 km. Sepanjang perjalanan ni kita akan disajikan dengan pemandangan yang menarik  antaranya panorama Tung Chung Bay, HK International Airport, Ngong Ping Plateau, Laut China Selatan, the Big Buddha statue serta flora dan fauna yang terdapat di Lantau North Country Park. Tengok gambar di atas tu pun buat saya kagum. Mesti cantik pemandangan daripada kereta kabel. Oh, Traveloka semakin bercerita tentang Hong Kong, buat saya semakin ingin ke sana. So, please Traveloka, take me there!


ABERDEEN FLOATING VILLAGE


ABEDEEN FLOATING VILLAGE
Destinasi saya dan keluarga seterusnya ialah menaiki sampan di Aberdeen. Ada banyak kapal atau perahu milik para nelayan kat sini. So, lebih kurang melihat kehidupan mereka secara ringkas la kot. Dan menariknya juga di sini, kita boleh saksikan bot-bot atau kapal tradisional ni dengan berlatar-belakangkan bangunan pencakar langit (rumah-rumah flat) di sekitar Aberdeen. Oh. di sini juga terdapat sebuah Jumbo Floating Restaurant. Tengok gayanya sikit punya grand. Aku boleh bayangkan harga makanan kat dalam ni.
Jumbo Floating Restaurant


Hari Keenam - Day 6

  • Ocean Park
Ocean Park
Ocean Park
Tamak sangat kan sampai pergi dua taman tema sekali bercuti ni. Harus lah tamak sebab peluang nak pergi Hong Kong ni bukannya dua tiga kali. Sekali seumur hidup kot! Jadi kita guna peluang yang ada untuk jelajah Hong Kong. Dah tajuk pun Discover Hong Kong, haruslah guna kesempatan yang ada ni kan.

Apa yang ada di Ocean Park ni ya? Baiklah saya ceritakan sedikit tentang Ocean Park ini. Dilancarkan pada tahun 1977, Ocean Park Hong Kong merupakan sebuah taman tema kehidupan laut yang menampilkan pameran haiwan, persembahan dan gelongsor serta aktiviti mengasyikkan. Taman ini terletak di selatan kepulauan Hong Kong, dan merangkumi lebih daripada 915,000 meter persegi. The Waterfront dan The Summit merupakan kawasan yang dihubungkan dengan Kereta Kabel dan kereta api funikular Ocean Express.

Bila tengok gambar-gambar dari rakan blogger tentang Ocean Park ni, buat hati membuak nak pergi. Anak-anak terutama sekali Arissa mesti suka tengok pelbagai hidupan laut yang ada di sini. Melihat gambarnya saya agak Ocean Park ini teramat luas! Jadi seeloknya dinasihatkan sangat-sangat untuk mendapatkan peta taman tema ini dulu sebelum merancang untuk ke mana-mana. Bukan apa, rugi lah kalau kita tak dapat jelajah atraction kerana jarak yang jauh. Buang masa di situ sangat lah rugi.


Nota Kaki : Mana-mana attraction dalam Ocean Park can be  accessed easily with cable car, escalator and ocean express. Lebih elok kita bermula dengan yang paling hampir dengan kita  dulu seperti The Grand Aquarium. The Grand Aquarium ni macam ala-ala Aquaria KLCC. Sangat besar & macam-macam hidupan laut ada kat dalam ni. So, just enjoy dengan makhluk indah dan unik ciptaan Allah disini.

Hari Ketujuh - Day 7

Berkemas-kemas jom balik Malaysia !


---

Setakat ini sajalah tempat-tempat yang saya rasa saya boleh pergi sekiranya Traveloka memberi kan saya peluang untuk ke sana. PLEASE Daboss Traveloka, tolong bawa saya pergi Discover Hong Kong lah! Traveloka , to discover HONG KONG, I need a holiday lah !

Sumber gambarGoogle
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers