Tadi sedang sedang membelek mukabuku, saya terbaca newsfeed yang dihantar oleh teman tentang berita Mark Zuckerberg iaitu pengasas facebook akan menamatkan perkhidmatan laman sosial no 1 di dunia , Facebook. Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu sajalah Mac ini kan.
Sebenarnya kisah seperti ini sudah lama berlaku sejak zaman laman sosial Friendster lagi, namun ia tidak pernah terjadi. Kalau mahu difikir logiknya, khabar angin seperti ini sebenarnya lagi melonjakkan jumlah penggunaan laman sosial. Memang semua orang akan gelabah, namun berita sensasi ini sebenarnya seakan bertujuan mempromosikan laman sosial berkenaan secara tidak langsung. Orang akan mula bercerita mengenainya seperti yang sedang saya laku kan sekarang.
Sebenarnya kisah seperti ini sudah lama berlaku sejak zaman laman sosial Friendster lagi, namun ia tidak pernah terjadi. Kalau mahu difikir logiknya, khabar angin seperti ini sebenarnya lagi melonjakkan jumlah penggunaan laman sosial. Memang semua orang akan gelabah, namun berita sensasi ini sebenarnya seakan bertujuan mempromosikan laman sosial berkenaan secara tidak langsung. Orang akan mula bercerita mengenainya seperti yang sedang saya laku kan sekarang.
PALO ALTO , California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.Dalam perkembangan yang sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg , 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut
" Facebook sudah berada di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini, " jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.Dalam satu temu ramah melalui telefon Zuckerberg memberitahu, " Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan yang besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook, orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik.
"Saya tidak kisah tentang wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik, " kata Zuckerberg.Akhbar itu turut melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang. "Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Jesteru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.
Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut. Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi -
Artikel asal daripada Weekly World News
Tiada ulasan:
Catat Ulasan