Carian

Selasa, Januari 04, 2011

♀DIGI Live Kpop Party 2011

OMG! Semakin banyak konsert yang melibatkan budak budak hensem dan comel dari negara Korea ni. Tak sangka lepas satu , satu lagi konsert melibatkan warga Korea datang ke Malaysia. Teringat dulu zaman muda-mudi pergi terjah konser DBSK aka TVXQ beberapa tahun lepas. Jangan tak tau ya, akak ni dah pergi dulu dari korang. First konsert Korea di Malaysia adalah DBSK tau. Bukan Hujan RAIN , SUJU , WG  dan yang sewaktu dengannya. Aaahh..start dah melalut.

Iklan kejap.

Itu dah berapa tahun lepas cik PM. Sekarang 2011 tahu! Digi Live K-POP Party 2011 akan menampilkan kumpulan lelaki muda dan ganteng gitew lagi ganas BEAST , G-Na dan 4 Minute. Dalam tiga manusia ni, saya lebih mengenali semestinya kumpulan lelaki muda HAHAHAHA, ok gelak itu dipotong kerana berunsurkan ketaksuban yang melampau. B2ST aka BEAST terdiri daripada 6 orang anak muda iaitu Yoo Doo Joon , Jang Hyun Seung, Yang Yo Seob, Lee Ki Kwang dan Son Dong Woon yang mana bapak bapak punya panjang nama dorang. Waktu bercinta kenal dengan DBSK dulu, senang gilor nak ingat nama dorang sebab SME awal-awal dah letak nickname yang melambangkan karektor masing-masing. Walaupun saya tak ingat sangat semua nama BEAST ni, saya tetap terkinja-kinja dengan lagu mereka. Lagu pertama yang catchy pada anak telinga saya ialah Perempuan Jahat Bad Girl.


Tapi kan, bukan satu lagu ni je dorang femes. Banyak lagi yang saya minat sebenarnya seperti lagu Mystery, Shock dan banyak lagi. Walaupun baru debut setahun yang lepas, saya rasa mereka bakal menakhluki takhta kumpulan lelaki terhebat 2011 menggantikan DBSK yang telah berpecah belah kepada dua kumpulan gara-gara kerakusan syarikat pengurusan dorang SMEntertainment. Tengok, betapa hebat tak akak ni bercerita pasal kumpulan lelaki muda ni? Chop chop, sekarang dah insaf sebab teman lelaki pastinya melarang saya menonton lelaki lain  terkinja-kinja menari di atas pentas.

Selain daripada mereka, penyanyi G-Na dan kumpulan perempuan seksis 4Minute juga akan menghiburkan anda. So apa lagi, jom kita LIKE ramai-ramai di DiGi Youths dan kalau nak try dapatkan tiket pass percuma VIP, join je contest DIGI Youth ni. Tak rugi mencuba. Orang kata, mencuba ni tak kan sesat jalan. Tapi kalau malu mencuba memang sesat jalan! Dah dah ketepi sikit perempuan manis! Sambung balik. Harga tiket bermula semahalmurah RM 120, RM200, RM350. Sangat murah hokey jika nak dibandingkan zaman saya beli tike TVXQ dulu. Tak ingat berapa harga tiket yang saya beli, tapi rasanya dalam RM400 juga lah untuk 2nd VIP punya seat. Fuuuhh ~~ sengsara bila fikirkan pasal harga tiket tu sebab hampir kekeringan wang simpanan saya dulu dihabiskan untuk tiket konsert TVXQ. Tapi mengenangkan betapa susahnya mereka nak sampai ke sini, saya sanggup. Dan Alhamdulillah saya kini tidak lagi tergila gila sakan kan sangat dengan mereka sebab sudah ada buah hati pengarang jantung yang lebih ganteng dari mereka. So, yang masih muda tu jangan lepaskan peluang sekali ni nak tengok anak-anak Korea ni, dan yang sudah masuk usia hampir petang tu, sila lah pergi ke konsert yang lebih Islamik sikit macam Maher Zain ke kan? Saya pun ada hajat mahu pergi ke konsert beliau, tapi belum ada rezeki sebab bila dapat tahu saja semua tiket sudah SOLD OUT! Insya-Allah ada rezeki lain kali kot.

Maaf, kerana rindu dendam teramat sangat dengan TVXQ, saya selitkan video klip paling akhir mereka sewaktu masih bersama. *sob sob sob* sedih sangat bila kumpulan yang saya minat sudah terbelah dua. Aja aja fighting  JYJ! Perempuan Manis sayang sama kamu tiga!


p/s : zaman saya dah berlalu. orang kata, dah senja senja ni balik lah ke rumah  ya. adik adik manis, jangan terlalu taksub dengan kumpulan muda ni sebab bila dah ada teman lelaki dialah yang SATU. Love him so much!! 



    xoxo,

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Pautan Member Bloggers