Carian

Sabtu, Mac 12, 2011

♀ Rasa macam jantung seakan terhenti seketika kerana Advertlet

ini keadaan  saya awal pagi tadi

Alhamdulillah. Jantung saya kembali berdenyut kembali saat saya dapat menulis dalam belog kesayangan ini. Sungguh tak sangka-sangka bila mana saya tak dapat masuk ke dalam akaun google dan blogger. Sungguh terkejut hingga mampu buatkan jantung saya berdegup kencang ya amat!! Kenapa saya rasa macam jantung seakan terhenti seketika? HOHOHOHO..

Pagi tadi saya bukalah belog bro / sis MYJAZMIE : Ideas.Think.Share ni yang bercerita tentang Jodoh Kami Tak Panjang. Jadinya saya pun cubalah nak tukar nuffnang ads ke advertlet ads pada belog saya yang satu lagi tu. Tetiba barulah teringat nak google pasal advertlet ni kan. Macam-macam lah benda negatif yang keluar termasuklah belog kita akan diremove dari blogger dan juga akaun google pun boleh remove juga. HOHOHO. Saya ingat orang yang komen pasal adverlet ni just nak naikkan nuffnang jer sebab dia puji nuffnang is better. Tak langsung terfikir perkara ini betul-betul terjadi pada saya. Dan tangan saya plak dengan gatalnya membuang advertlet ads dari belog megamediafire tu. Serve me right bila dalam beberapa minit penukaran ads ke adbrite, {curang lagi}  terus belog saya tu tak boleh access. Kelam kabut juga tapi saya tak kisah sangat sebab belog tu bukan keutamaan saya pun.

Tup tup, tak dapat pula buka belog PerempoanManis ni !!! Gilos sungguh sampai saya pun tersumpah seranah gelabah sebab saya tak dapat cari balik belog saya ini. Then, saya terus contact google { beriya lah contact padahal kelik contact us je pun } dan try masuk akaun google. Pun tak boleh juga. So, saya pun kelik dekat link Can't access your account? .Terpaksalah merayu-rayu  mohon supaya diberikan semula verification code dari google. Alhamdulillah selamat akaun google saya dan juga belog manis ini, tapi belog yang satu lagi tu memang dah selamat terkubur. Nak cari alamat kubur die pun saya tak boleh jejak. Sedih... T_T

So, pengajaran nya pada diri saya dan rakan-rakan jangan sesekali curang dengan nuffnang. KAHKAHKAHKAH.

selepas abis menulis di belog sayang ini


xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers