Carian

Ahad, Februari 20, 2011

♀ Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest

Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest
Ini contest ke berapa pun saya dah tak ingat sebab tak pernah menang-menang pun. HEHE. Apapun, berkat kegigihan Abang MAT GEBU mempromosikan belog abang ni, saya pun teruja nak masuk contest ni. Lagipun hadiah die meletopss nak juga lah join mana tahu bertuah dapat hadiah minyak pewangi JLO nie. ^__^

Syarat pertandingan mudah saja, anda hanya perlu lakukan seperti perkara-perkara di bawah ini saja.

     ♀ Letakkan header ADY BUDIKA " Hanya Ilusi dapat menyatukan langit dan bumi" dalam entri anda.
     ♀ Tajuk entri : " Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest " ,Link kan ke {entri ini}.
     ♀ Dalam entri anda : Andaikan anda diberikan peluang untuk mencipta program TV sendiri ;
    • ♀ Program bagaimana yang anda ingin terbitkan ? {contoh talkshow , reality tv, drama bersiri }
    • ♀ Nama program tersebut {contoh MASAK MASAK bersama MAT GEBU}
    • ♀ Kalau boleh, terangkan sikit konsep program itu. { Contoh : Untuk program MASAK MASAK  bersama MAT GEBU : - Program ini menetengahkan isu masakan dan tiap-tiap minggu Mat Gebu akan masak resepi terkini. Dan akan ada juga personaliti yang akan menjadi tetamunya seperti BRO BEN ASHAARI }
    • ♀ Stesen TV mana yang korang nak siarkan {contoh 8TV}
    • ♀ Bagaimana anda mahu tarik penonton anda ?

OK, abang MAT BULAN, ini jawapan PEREMPUAN MANIS

♀ Program TV yang saya idamkan adalah berbentuk BUAL BICARA MASAKAN ala-ala Rachel Ray Show
♀ Nama Program tentulah tak lekang dari nama saya : PEREMPUAN MANIS SHOW
♀ Konsep program adalah berbentuk santai di mana saya sebagai hos untuk program show ini akan menengahkan demo pelbagai bentuk masakan yang mudah untuk diikuti oleh penonton samada di dalam show tersebut atau rumah. Selain itu, program ini akan menjemput bloggers { seperti abang Mat Gebu, Puan Lynna, Abg Mat Bulan, Abang Ben Ashaari etc } yang ada di luar sana untuk menjadi tetamu jemputan dalam rancangan saya ini nanti yang boleh berkongsi minat masakan dan resepi masakan mereka.
♀ Stesen yang akan siarkan rancangan temubual masakan saya ini tentulah TV3 sebab semua orang boleh tengok kan? ^_*
♀ Nak tarik penonton-penonton melalui page FACEBOOK dimana saya akan berinteraksi dengan peminat {ceh kalau ada peminat , kehkehkeh}, kemudian buat contest daripada situ untuk menggalakkan mereka mengetahui tentang rancangan saya ini dan pemenangnya akan dijemput menjadi tetamu jemputan PEREMPUAN MANIS SHOW. Sure gempaq punya lah!!

ok, amacam abang MAT BULAN? Agak, tak yah lah cari pemenang lain. Annouce je saya yang pemenangnya..hehehe..gurau jer ^__^

xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers