Carian

Rabu, Februari 02, 2011

♀ Cerita pasal Rita Rudaini



Saya bukanlah wartawan hiburan yang mencari berita tentang orang seni ni. Saya hanya peminat seni saja, tak lebih dari tu. Dan saya juga bukan peminat fanatik Rita Rudaini sehingga lah terciptanya entri mengenainya. Cuma sebagai perempuan, saya sedih bila wanita seperti Rita Rudaini terpaksa berdepan dengan masalah rumahtangga. Sudahlah beliau sedang mengandung, ditambah lagi cerita-cerita kurang enak mengenai rumahtangga dan keluarga mentua. Kalau saya dipihak beliau, mahu meroyan kot. Alhamdulillah, saya yakin Rita Rudaini seorang wanita yang tabah walaupun terpaksa menghadapi pelbagai tohmahan dan hinaan orang. Semoga beliau terus tabah kerana kesabaran itu adalah separuh dari iman.

Cuma saya kesal dengan sesetengah warga media terutamanya dari sebuah akhbar tabloid ini yang sengaja mensensasikan berita sedangkan akhbar lain melaporkan hal yang berbeza. Sudah sudah lah memporak perandakan keluarga orang lain, cubalah cari berita yang lebih logik sikit. Sanggup ke kita sebagai umat Islam cuba untuk merobohkan MASJID yang telah dibina? Tolong lah simpati terhadap Rita, kerana dia juga wanita biasa. Hatinya cepat tersentuh apatah lagi dalam keadaannya berbadan dua. Kalau lah masalah ini berlaku pada adik perempuan kita atau kakak kita sendiri, bagaimana perasaannya? Sudah tentu dia akan berduka bukan? Jangan kan kerana mahu mencari berita sensasi, sehingga sanggup memporak perandakan hubungan kekeluargaan.


Saya sentiasa berharap agar Rita Rudaini dan keluarga mentuanya berbaik semula. Di sebelah pihak mentua Rita, cubalah berlembut sikit dan mengambil langkah beralah. Saya rasa Rita bukan lah seorang wanita yang begitu degil sekali. Anda ramai manakala Rita hanya keseorangan, sudah tentulah dia mempunyai rasa secure yang tinggi. Berdamailah demi cucu anda dan cucu yang bakal lahir.

xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers