Carian

Khamis, Februari 17, 2011

♀ Berapakah harga isteri anda ?

Mulianya isteri di sisi Allah, dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini kepada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk manapun isteri anda, SAYANGI LAH MEREKA.

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini kerana inilah tempat dia bekerja dengan TUHAN, jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib solat, tetapi Allah anggap di waktu itu adalah solat terbaik daripadanya. Cuti bersalin juga 60 hari, bila dah bersalin tu susukan lah anak. Jangan takut KENDUR atau MENGELEBEH pula. Para suami pula, jangan lah BEREBUT menyusu pula. Cuti yang diberikan bukanlah cuti sesuka hati tetapi cuti yang Allah beri kerana dia bekerja dengan Allah. Bila sudah habis cuti tu, LAYANLAH SUAMI dan offer lah pada suami dimana Nabi bersabda, "berjimak dengan isteri itu pahala.". Jangan buat tak tahu saja. Jangan berikan pelbagai alasan itu dan ini pula. Ingat, itu isteri anda ya! Kata nak tambah pahala lebih. Orang lelaki tak ada cuti dari solat, dimana solat adalah wajib baginya dari baligh hingga ke hujung nyawa.

Satu lagi berita gembira buat WANITA. Sepanjang dia mengandung, Allah SENTIASA mengampunkan dosanya. Lahir saja bayi, seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita. Jadi, kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita berpegang kepada tali ALLAH. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk SYURGA. Untuk orang bukan ISLAM, dia tak dapat masuk SYURGA tapi Allah berikan kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala EXTRA yang banyak dia terima atas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari. Contohnya BILA DIA REDHA suaminya berjemaah di masjid atau majlis ilmu, bersedekah .. ganjaran ALLAH ke atasnya jua. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di tititan Sirat, dia tak mahu masuk syurga tanpa suaminya maka dia berikan pahalanya kepada suami untuk lepas masuk SYURGA. Di dunia lagi kalau suami dalam kesusahan, isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau ISTERI asyik merungut , mulut selalu muncung terhadap suami, dia tak akan dapat pahala EXTRA ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat dalam dan luar rumah. Segala dosa-dosa anak isteri yang tak di didik, DIA AKAN TANGGUNG ditambah dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan - NYA.

Sesungguhnya wanita di jadikah daripada rusuk kiri lelaki
Dia bukan diciptakan dari kepala ke kaki juga bukan dari tapak kaki
Dia diciptakan dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu {lelaki}
Lengan lelaki diciptakan untuk mempertahankan wanita dengan hati lelaki untuk disayangi
Wahai TUHAN..
Ku TAK LAYAK ke SYURGA-MU..
Namun tak pula ku SANGGUP ke NERAKA-MU..
Kamilah hamba yang mengharap belas dari-MU..

Ya ALLAH..
Jadikan lah kami hamba-hamba MY yang bertaqwa..
Ampunkanlah dosa-dosa kami, kedua ibu bapa kami..
Dosa semua umat-umat ISLAM yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

KUBUR itu gelap, cahayanya ialah  LAA ILAA HA ILLALLAH ..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah satu lagi,
Pasti LEBIH BERAT NILAI {LAA ILAA HA ILLALLAH} ini..

Rasulullah S.A.W bersabda (mafhumnya) : " Wahai manusia ! Ucapkanlah 'Laa Ilaha Illallah", kamu pasti berjaya ! ".

Pesanan penaja : Entri khas untuk bakal-bakal isteri seperti saya. Hanya sebagai peringatan pada diri sendiri dan para wanita di luar sana. AMIN.



xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers