Carian

Khamis, Mac 31, 2011

Photos by Ahmad Fairus : Enjoy Free Outdoor with AHMAD FAIRUS .. everyone can get the chances!!

Perhatian !! Ini adalah  STICKY POST Perempuan Manis. Sila scrollkan kursor anda ke bawah dan bawah dan bawah lagi  untuk membaca entri terbaru. 



Ini adalah percubaan pertama saya untuk contest online ini. As I love so much everything about photography, I like to give a try. Hopefully I do have a chance to get free photoshoot outdoor which I really craving for

Actually , first photographer yang saya kenal adalah Encik Ahmad Fairus ini. Ini bukan dongengan ya sebab mana-mana gambar yang beliau shoot memang membuatkan hati kecil saya terpegun dan berkata , " Masya Allah sungguh cantik!". Terbit perkataan "Indah" dari bibir saya tatkala melihat setiap gambar yang beliau ambil. Memang mana-mana photographer akan mengolah gambar tersebut menjadi lebih cantik daripada asal, namun tanpa shot yang orang kata 'ummphh'!, takkan lah menjadi indah gambar tersebut. Saya memasang angan-angan mahu saat indah bersama insan tersayang dijadikan tatapan lensa beliau. Harapnya angan-angan itu bakal menjadi kenyataan suatu hari nanti. 

Sila silakan lah kelik pautan pada banner di bawah ini ya
Anda juga boleh berbuat seperti saya juga dengan memasuki contest ini walaupun anda tidak
mempunyai belog. Tapi, haruslah ada facebook akaun ya!


MOMENT LIKE THIS - Kelly Clarkson
Jelas sekali pasangan ini berada dalam dunia mereka sendiri. Moment like this dengan rumput yang hijau, seakan terbau bau saja bau rumput yang segar. Saya sangat suka moment ini kerana tanpa perlu memandang dua mata ke arah lensa, gambar ini sudah cukup tersedia indah dinikmati oleh pasangan ini.


THE SHOW-  Lenka
Saya suka keadaan yang bersahaja dan  dalam erti kata lain, candid. Apabila terlalu banyak sangat
arahan yang diberikan oleh jurugambar juga boleh mematikan mood pasangan pengantin. Pasangan
pengantin is just enjoy THE SHOW dan jurugambar tak sewajarnya melepaskan
momen ini dan apa yang dilakukan oleh Ahmad Fairus ini adalah terbaik!


BEST DAY - Matt White
Apakah Best Day dalam hidup kita kalau tak sertakan sekali momen bersama individu-individu
yang kita sayangi? Gambar perkahwinan bukan semata-mata pasangan pengantin saja, malah
melibatkan keseluruhan individu yang terlibat dalam majlis ini. Melihat suasana gambar ini,
kita tahu seluruh keluarga berasa kan the best day adalah dapat bersama-sama
meraikan majlis ini dengan wajah yang gembira.


YOU ARE MY SUNSHINE - Elizabeth Mitchell
Fokus utama adalah pada sinaran SUNSHINE  itu. Pada setengah orang kenapa perlu ambil posisi seperti itu yang  tidak menampakkan langsung wajah kita. Saya suka sangat momen seperti ini kerana pada saya bukan sahaja bahasa boleh melambangkan perasaan romantik, namun gambar juga boleh jadi romantik tahu !


TODAY WAS A FAIRYTALE - Taylor Swift
Tak semua gambar perlu diolah berlebih-lebihan kerana dengan shot yang cantik seperti ini sahaja sudah membuatkan betapa hari ini adalah fairytale buat pasangan pengantin ini. Gambar yang terang, senyuman yang  gembira, kerabat yang tenang dan majlis yang lancar.


Sengaja saya berikan tajuk lagu bagi setiap gambar yang beliau ambil bagi menterjemahkan maksud setiap gambar yang beliau ambil. Shot yang beliau ambil memang sangat cantik, menarik dan sekaligus dapat menterjemahkan sendiri maksud setiap gambar yang beliau ambil. Gambar yang cantik bukan datang dari kamera yang hebat, bukan dari latarbelakang yang indah namun datangnya dari kreativiti sang pengetik lensa iaitu ENCIK AHMAD FAIRUS.

Para pembaca yang dikasihi sekalian. Pasti anda pun teruja kan mahu menjadi pasangan yang akan dijadikan bahan makanan lensa Encik Ahmad Fairus ni kan? Jadi apa tunggu lagi, mari lah sama-sama kita kelik pautan laman web beliau untuk melihat lebih banyak lagi gambar-gambar dari lensa beliau! Tak rugi tengok. Mana tahu, anda akan menjadi model terindah beliau!

Nak tengok lebih banyak foto beliau, sila jalan-jalan ke FAN PAGES AHMAD FAIRUS dan jangan lupa untuk kelik LIKE! Dan jika anda mahu turut serta dalam contest ini, sila lah ke belog beliau di www.ahmadfairus.com untuk makluman lanjut. Beliau akan menerangkan kepada anda dengan lebih detail di sana.

Adakah anda setuju  gambar yang beliau ambil ini adalah sangat marvelous? Kalau ada yang rasa seperti yang saya rasa, sila lah komen di bawah ya. Saya dan beliau amat menghargainya. Mana tahu, apa yang kurang boleh lah diperbaiki bukan ?

xoxo,

1 ulasan:

  1. cantik gambar2 tu..
    kalau saya, mmg xde idea nk wat gitu..

    BalasPadam

Pautan Member Bloggers