Carian

Rabu, Disember 29, 2010

♀HARIMAU MALAYA benamkan Garuda ! 4-2! Syabas Malaysia!

                                  BENAM






Tekak dah sakit terjerit-jerit dari tadi. Mujur ada belog yang dapat menyampaikan perasaan hati saya! Akhirnya penantian 14 tahun Malaysia untuk meraih kejuaraan dalam Piala AFF Suzuki akhirnya tercapai juga. Peminat Indon semuanya monyok tak terkira apabila wisel penamat ditiup oleh ketua pengadil.

Memang agak tertekan menonton perlawanan kali ini kerana di babak babak akhir Indonesia baru mula nak menyerang balas. Namun, segalanya telah terlambat kerana kelebihan mata yang berpihak kepada Malaysia. Apapun, saya memang tabik spring pada Khairul Fahmi Che Mat kerana beberapa kali menyelamatkan gawang Malaysia daripada dibolosi team Indon. Beliau adalah terbaik dan begitu juga rakan seperjuangan lain yang begitu bekerja keras untuk menjadikan Malaysia JUARA ASIA! Saya tak pernah sebegini teruja kerana sudah lama peminat Malaysia tidak dihadiahkan dengan kemenangan seperti ini. Reaksi peminat Indon memang melucukan. Ada yang menangis, ada yang muncung ke depan dan ada yang sudah pun angkat kaki sebelum upacara penyampaian hadiah diberikan kepada penyandang JUARA, MALAYSIA.

Dan dan pemain kegemaran saya, MR SAFEE SALI akhirnya meledakkan gol kelimanya sepanjang kejohanan yang melayakkan beliau menerima  GOLDEN BOOT  AWARD ! Saya berbangga dengan kamu wahai Safee. Juga berbangga dengan Norshahrul Idlan, S. Kunalan , Safiq, Ashaari, Fadhli Shaz, Khairul Fahmi, Muslim, Sabree dan Faizal, Dan paling penting, sekalung tahniah buat K. RAJAGOPAL kerana berjaya mengendalikan skuad pemain yang bertaraf antarabangsa! Apalagi, Datuk on the way satu!!



Rakyat Malaysia sangat BEST! Kitorang bangga dengan kamu semua skuad HARIMAU MALAYA!
♥ ♥ ♥

Kamu semua memang layak menang!

Demam saya semakin kebah. Hooray!!

xoxo,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers