![]() |
Datuk Lee Chong Wei dipeluk Datuk Misbun ketika memenangi Malaysia Open 2011 |
![]() |
| Alahai .. bagai ayah dan anak saja mereka berdua ni T__T | |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgWzPJzGceuxg0eb83gFIiiiPxVFIPrYQ8h0bbEQu7W0uUMISlo5RYehfFeYcP4Rw9fa1MqMdMz5n48BIU8D2RJ_1JLglJvaF_pj1BP894ZN6vAZUs-RPj5T9SxQ1ciFNmnxPQq2YmoRV_B/s1600/Salam+Perempuan+Manis.gif)
Saya berpendapat, hubungan antara Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun sudah melebihi hubungan antara jurulatih dan anak didik. Mereka akrab sehingga sukar untuk dipisahkan. Begitu juga apabila Datuk Misbun Sidek tiba-tiba mengambil keputusan mahu meletak jawatan. Sudah tentu Datuk Lee Chong Wei tidak senang duduk apabila tunjang utama di sebalik kejayaannya akan meninggalkan beliau keseorangan. Saya juga tidak dapat membayangkan Datuk Lee Chong Wei tanpa Datuk Misbun. Sukar mahu membayangkannya kerana pernah satu ketika prestasi Datuk LCW merosot kerana bertukar jurulatih dan akhirnya apabila Datuk Misbun kembali menjadi jurulatihnya, beliau bangkit dari kemerosotan. Begitulah penangan Datuk Misbun dalam perjalanan karier sukan Datuk LCW!
Entri malam ni dah jadi sensitif plak sebab saya sudah tersebak-sebak ni. Saya sedih melihat keadaan yang perlu Datuk Misbun Sidek hadapi saat ini, namun Alhamdulillah ramai peminat sukan menyokong beliau dari jauuh. Seperti saya * cedey ni * tapi pura-pura tabah. Ececeh..Semoga beliau masih lagi terus berada dalam arena sukan ini sebab saya memang peminat nombor satu beliau walaupun zaman saya dulu, saya sempat melihat kelibat adik-adik beliau saja sebab masa tu Datuk Misbun sudah tidak bermain untuk negara. Makanya zaman kecil saya hanya dapat melihat kegemilangan Rashid Sidek dan duo Jalani dan Razif Sidek. Bila keluar siri Anak-anak Sidek, saya memang menggemari watak Bun dan saya juga meminati personaliti orangnya yang sebenar iaitu DATUK MISBUN SIDEK!!
![]() |
*drooling with his muscle ^__^ * |
xoxo,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan