Carian

Ahad, Februari 13, 2011

♀Mini Pelamin Idaman

Sumber : BeautifulNara

Dah bincang-bincang dengan emak pasal mini pelamin. Sudah tentu emak tak berapa nak setuju ditambah lagi satu pelamin sebab dah ada pelamin sanding di dalam rumah. Tapi anak nya ni beriya sangat nak juga ada mini pelamin. At least,  adalah tempat singgahsana saya apabila tok kadi minta saya keluar dari bilik kan? Takkan mau duduk sukahati je? Saya kan pengantin perempuan, jadi saya nak ada tempat saya sendiri. HAHAK. Gelak perempuan diktator plak. Tak payah grand pun tak apalah, janji ada! Dan saya akan pastikan sendiri mini pelamin itu siap ada di ruang sepatutnya!

Saya sebenarnya seorang yang simple, tapi bila tengok betapa meriahnya perkahwinan bloggers, rasa nak juga buat yang meriah-meriah. Tapi, saya berbalik kepada dunia realitinya. Beberapa persoalan perlu dijawab dengan jujur.

1. Sila lihat budget anda, perempuan manis!
{ok fine, budget saya ciput miput je}
2. Berbaloikah berhabis ringgit untuk majlis semalam saja?
{errr, berbaloi sebab perempuan kawin sekali seumur hidup, lelaki ya lah boleh kawen sampai EMPAT!!}
3. Berapa luaskah rumah anda kalau anda bina sebuah lagi pelamin grand dalam rumah itu?
{Saya tahu rumah saya sempit, tapi saya nak juga! Tak payahlah hebat manapun, janji ada!}
4. Perlukah ada perasaan riak kerana adanya pelamin yang hebat di majlis anda nanti?
{Memang tak patut, tapi untuk kepuasan diri apa salahnya? hehe}

Persoalan di atas adalah sangat memihak kepada diri sendiri, apakah itu? hehe. Baiklah, untuk kepuasan hati dan bagi mengelakkan rasa menyesal di kemudian hari, saya memang mahukan mini pelamin. Simple saja pun, bukannya mewah seperti pernikahan  anak-anak NAZA itu. Ada pasu bunga, lampu lip lap lip lap pun dah memuaskan hati saya ini. Kalau boleh, mahu mini pelamin seperti di bawah ini.

sumber : Wedding By Sher



Semua gambar di atas adalah ehsan Pak Gugel



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pautan Member Bloggers